Tuesday, March 22, 2016

wali nikah

Dalam pertambahan usia yang hampir mencecah 60 an, aku mengalami sesuatu lagi yang baru dalam hidupku. Ini merupakan pengalaman baru dengan kedudukan aku sebagai abang kandung kepada adikku yang nak bernikah semula.Yang aku maksudkan ialah wali nikah.


Pendahuluwan

Perkahwinan adalah amanah Allah swt. Untuk menyempurnakan amanah Allah itu ia memerlukan lima rukun iaitu:




Calon suami
Calon isteri
Wali
Dua orang saksi
Sighah ijab qabul
Jika kekurangan salah satu rukun itu maka perkahwinan itu tidak sah. Salah satu isu penting yang sering timbul dan menjadi bahan perbualan dalam masyarakat kita ialah bidang kuasa wali. Terdapat kes-kes seperti kahwin lari, akad nikah dua kali, kahwin paksa, bapa tidak membenarkan anaknya berkahwin dengan pemuda pilihan anak, bapa angkat bertindak sebagai wali kepada anak angkatnya dan sebagainya, di mana semuanya berkisar mengenai bidang kuasa wali. Persoalan yang timbul ialah apakah bidang kuasa wali yang sebenarnya untuk menyempurna dan memuliakan amanah Allah swt itu.
Pengertian Wali Dan Tertibnya
Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan. Wali ini merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan. Dalil-dalil yang menunjukkan amat mustahaknya wali ialah:
Firman Allah swt:
'Janganlah kamu menghalang mereka berkahwin kembali dengan bekas suami mereka apabila telah terdapat kerelaan antara mereka dengan cara yang makruf'
( Al-Baqarah : 232)
'Dan janganlah kamu kahwinkan perempuan-perempuan kamu dengan lelaki musyrik (kafir) hingga meereka beriman'.

( Al-Baqarah : 222)

Dari hadith Nabi saw:
'Dari Abi Musa r.a. Rasulullah saw bersabda: 'Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali'.
(Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)
Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah menjadi wali ialah:




Islam
Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun).
Berakal - Orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah menjadi wali.
Lelaki - Orang perempuan tidak sah menjadi wali.
Adil
Merdeka
Manakala orang buta atau bisu pula adalah diharuskan menjadi wali kerana ia boleh menimbang dan memikirkan mengenai soal kufu dan hal-hal kepentingan kepada wanita, selagi ia boleh memahami isyarat serta tulisan dan ia memenuhi starat-syarat sah menjadi wali.
Susunan Wali Ikut Sususnan keutamaan atau tertib:




Bapa kandung
Datuk sebelah bapa ke atas
Saudara lelaki seibu-sebapa
Saudara lelaki sebapa
Anak saudara lelaki seibu-sebapa
Anak saudara lelaki sebapa
Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
Bapa saudara sebelah bapa sebapa
Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah
Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
Bapa saudara seibu-sebapa
Bapa saudara bapa sebapa
Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa
Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
Bapa saudara datuk seibu-sebapa
Bapa saudara datuk sebapa
Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah
Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan).
Sekalian asabah kepada seorang muktiq

Raja/Sultan

Tuesday, March 15, 2016

SENTOSARIAN - Time to Lead


Genap setahun berada di SMK Sentosa, Kampar. Ya Allah aku bersyukkur dengan apa yang kau kurniakan kepada ku. Kurniakan aku kekuatan untuk terus menabur bakti kepada masyarakat. Lindungilah aku dari hasad dengki dan buruk sangka (16 Oktober 2015 - 15 Oktober 2016)




Sudah tiba masanya untuk sekolah berubah haluan, dari menjadi follower kepada leader. Sekolah perlu dibangunkan untuk memenuhi aspirasi ibubapa selaras dengan kehendak PPPM- ke arah peningkatan kualiti
Add caption
Tuan PPD menyempurnakan Gimik Pelancaran SENTOSARIAN TIME TO LEAD


Monday, March 14, 2016

Indahnya Umrah 2

Alhamdulillah, selamat sampai. Terima kasih AlFajr Travel kerana merealisasikan impian kami sekeluarga. Kemas dan teratur. Umrah pertama di bawah bimbingan mutawif yang terdiri dari pelajar Universiti Mekah.

Walaupun dalam keletihan, dengan berbekalkan semangat yang membara dapat disempurnakan umrah. Kami sampai di Jeddah pada jam 6.30 petang waktu Mekah, sekitar jam 12.30 malam waktu Malaysia. Aku memang dah mangli dengan karenah Imigresen Arab yang bekerja sambil lewa dan bermain-main sambil bekerj. Kami mengambil masa hampir sejam untuk 88 jemaah melepasi imigresen.




Kami terus menunaikan umrah sebaik sahaja sampai ke Mekah dari Jeddah selepas menaikki bas selama 3 jam setengah. Alhamdulillah... selesai. Berjalan kaki sejauh 800 meter kami berjalan kaki beramai-ramai sambil berzikir ke Masjiddil Haram untuk umrah pertama.  Kami menunggu sehingga subuh untuk solat subuh di hari pertama dan pulang ke hotel untuk berehat.





RAHSIA DAN KELEBIHAN IBADAH UMRAH
Rahsia dan kelebihan Ibadah Umrah
Sebagaimana ibadah haji, umrah di wajibkan ke atas manusia sekali dalam seumur hidup, dengan ketentuan adanya istitha'ah (kesanggupan), kecuali penduduk Makkah sebab mereka hanya di wajibkan menunaikan haji, sedangkan umrah tidak. Di antara kelebihan dan hikmah ibadah umrah ialah:-
•1. Suatu ibadah umrah hingga sampai ke umrah lainnya adalah pelebur dosa di antara keduanya.
•2. Melakukan umrah di bulan Ramadhan menyamai ibadah haji.
•3. Menghilangkan kefakiran dan dosa. Diriwayatkan oleh hadis sahih bawasa 1 dirham yang dibelanjakan
     untuk tujuan kebajikan dan kebaikan akan digandakan sebanyak 700 dirham.
•4. Barangsiapa keluar untuk menunaikan haji dan umrah lalu meninggal dunia di salah satu tanah suci,
    maka baginya diberikan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat dan tidak diadili dan tidak pula
    dihisab melainkan dikatakan kepadanya "masuklah ke dalam syurga"
•5. Menjadi tetamu Allah, tetamu Allah ada tiga golongan; orang yang berhaji,berumrah dan berperang.
•6. Pahala dan ganjaran dilipatgandakan, mengabulkan apa yang mereka doakan

Tuesday, March 8, 2016

Indahnya umrah

Indahnya umrah...
Alhamdulillah, hajat dan niat ku untuk berkunjung ke  rumah mu ya Allah menjadi kenyataan. Sekian lama ku tunggu saat ini. Allah hu akbar. Ku panjatkan kesyukuranku Ya Allah.

Terasa kerdil diri ini. dengan ihram yang serba putih tanpa jahitan, aku menaikki pesawat Flynas...terima kasih Al Fajr pengantara.Tiada jenama Vogue, Dunhill, Zara, Guy Laroche, YSL...yang ada hanya lah ihram.

TANGGAL 28 FEBRUARI - PENERBANGAN FLYNAS XY912- 0430 KL TO JEDDAH









Teringat pesanan ustaz dan ustazah sewaktu di Tingkatan 4 & Tingkatan 5, inilah fadhilatnya haji dan umrah.Tiada dato', tan sri, mahu pun dato' seri...hanya yang bertaqwa menjadi mulia di sisi mu Allah. La bai kallah, Humalabait... labaikallah sharikalakala bait...

Wednesday, February 10, 2016

Uji Minda

Uji Minda:

Dah lama tak berblog.. saya mulakan semula dengan mengimbau kembali zaman silam bersama bapa, emak , tok dan tokwan yang sering memberi teka teki untuk menguji minda...

Ada sorang petani bernama Pak Mat. Dia ada membela seekor kambing, seekor harimau dan mengusahakan tanaman sireh kecil kecilan.

Suatu hari Pak Mat ni hendak menyeberangi sungai dengan menaiki sampan. Dia hendak membawa harimau, kambing dan sebakul sireh.

Masalahnya dia mesti bawa seekor haiwan dan sebakul sireh je dalam 1 masa.Soalannya apakah yang dia patut bawa dulu mengikut keutamaan supaya semuanya berjaya di bawa ke seberang.

Tuesday, November 17, 2015

Tanggal 16 Oktober 2015, 

Tanggal