Tuesday, March 22, 2016

wali nikah

Dalam pertambahan usia yang hampir mencecah 60 an, aku mengalami sesuatu lagi yang baru dalam hidupku. Ini merupakan pengalaman baru dengan kedudukan aku sebagai abang kandung kepada adikku yang nak bernikah semula.Yang aku maksudkan ialah wali nikah.


Pendahuluwan

Perkahwinan adalah amanah Allah swt. Untuk menyempurnakan amanah Allah itu ia memerlukan lima rukun iaitu:




Calon suami
Calon isteri
Wali
Dua orang saksi
Sighah ijab qabul
Jika kekurangan salah satu rukun itu maka perkahwinan itu tidak sah. Salah satu isu penting yang sering timbul dan menjadi bahan perbualan dalam masyarakat kita ialah bidang kuasa wali. Terdapat kes-kes seperti kahwin lari, akad nikah dua kali, kahwin paksa, bapa tidak membenarkan anaknya berkahwin dengan pemuda pilihan anak, bapa angkat bertindak sebagai wali kepada anak angkatnya dan sebagainya, di mana semuanya berkisar mengenai bidang kuasa wali. Persoalan yang timbul ialah apakah bidang kuasa wali yang sebenarnya untuk menyempurna dan memuliakan amanah Allah swt itu.
Pengertian Wali Dan Tertibnya
Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan. Wali ini merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan. Dalil-dalil yang menunjukkan amat mustahaknya wali ialah:
Firman Allah swt:
'Janganlah kamu menghalang mereka berkahwin kembali dengan bekas suami mereka apabila telah terdapat kerelaan antara mereka dengan cara yang makruf'
( Al-Baqarah : 232)
'Dan janganlah kamu kahwinkan perempuan-perempuan kamu dengan lelaki musyrik (kafir) hingga meereka beriman'.

( Al-Baqarah : 222)

Dari hadith Nabi saw:
'Dari Abi Musa r.a. Rasulullah saw bersabda: 'Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali'.
(Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)
Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah menjadi wali ialah:




Islam
Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun).
Berakal - Orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah menjadi wali.
Lelaki - Orang perempuan tidak sah menjadi wali.
Adil
Merdeka
Manakala orang buta atau bisu pula adalah diharuskan menjadi wali kerana ia boleh menimbang dan memikirkan mengenai soal kufu dan hal-hal kepentingan kepada wanita, selagi ia boleh memahami isyarat serta tulisan dan ia memenuhi starat-syarat sah menjadi wali.
Susunan Wali Ikut Sususnan keutamaan atau tertib:




Bapa kandung
Datuk sebelah bapa ke atas
Saudara lelaki seibu-sebapa
Saudara lelaki sebapa
Anak saudara lelaki seibu-sebapa
Anak saudara lelaki sebapa
Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
Bapa saudara sebelah bapa sebapa
Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah
Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
Bapa saudara seibu-sebapa
Bapa saudara bapa sebapa
Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa
Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
Bapa saudara datuk seibu-sebapa
Bapa saudara datuk sebapa
Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah
Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan).
Sekalian asabah kepada seorang muktiq

Raja/Sultan

No comments:

Post a Comment