| Alhamdulillah, selamat sampai. Terima kasih AlFajr Travel kerana merealisasikan impian kami sekeluarga. Kemas dan teratur. Umrah pertama di bawah bimbingan mutawif yang terdiri dari pelajar Universiti Mekah. Walaupun dalam keletihan, dengan berbekalkan semangat yang membara dapat disempurnakan umrah. Kami sampai di Jeddah pada jam 6.30 petang waktu Mekah, sekitar jam 12.30 malam waktu Malaysia. Aku memang dah mangli dengan karenah Imigresen Arab yang bekerja sambil lewa dan bermain-main sambil bekerj. Kami mengambil masa hampir sejam untuk 88 jemaah melepasi imigresen. |



Kami terus menunaikan umrah sebaik sahaja sampai ke Mekah dari Jeddah selepas menaikki bas selama 3 jam setengah. Alhamdulillah... selesai. Berjalan kaki sejauh 800 meter kami berjalan kaki beramai-ramai sambil berzikir ke Masjiddil Haram untuk umrah pertama. Kami menunggu sehingga subuh untuk solat subuh di hari pertama dan pulang ke hotel untuk berehat.
RAHSIA DAN KELEBIHAN IBADAH UMRAH |
| Rahsia dan kelebihan Ibadah Umrah Sebagaimana ibadah haji, umrah di wajibkan ke atas manusia sekali dalam seumur hidup, dengan ketentuan adanya istitha'ah (kesanggupan), kecuali penduduk Makkah sebab mereka hanya di wajibkan menunaikan haji, sedangkan umrah tidak. Di antara kelebihan dan hikmah ibadah umrah ialah:-
•1. Suatu ibadah umrah hingga sampai ke umrah lainnya adalah pelebur dosa di antara keduanya.
•2. Melakukan umrah di bulan Ramadhan menyamai ibadah haji.
•3. Menghilangkan kefakiran dan dosa. Diriwayatkan oleh hadis sahih bawasa 1 dirham yang dibelanjakan
untuk tujuan kebajikan dan kebaikan akan digandakan sebanyak 700 dirham.
•4. Barangsiapa keluar untuk menunaikan haji dan umrah lalu meninggal dunia di salah satu tanah suci,
maka baginya diberikan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat dan tidak diadili dan tidak pula dihisab melainkan dikatakan kepadanya "masuklah ke dalam syurga"
•5. Menjadi tetamu Allah, tetamu Allah ada tiga golongan; orang yang berhaji,berumrah dan berperang.
•6. Pahala dan ganjaran dilipatgandakan, mengabulkan apa yang mereka doakan
|

No comments:
Post a Comment